Malam ni tiba-tiba rasa sedih. Pg td dah move masuk kolej untuk start sem yg baru. first time smpai, hati aku tiba2 teringat waktu mula2 masuk sem 1 dulu. mcm mana susahnya dia angkat semua beg2 aku yang berat tue. Then, pg td hati aku bertambah2 sayu bila aku nampak ayah budak2 lain angkat barang anak2 dorg. aku ada sapa? just mak, makgah dan pakngah ja. bila abah takda, baru aku hargai pengorbanan dia. kalau la abah ada lg skrg, kan bgus. tp allah lebih sayangkan dia lebih dari kami sygkan dia. kadang2 mcm x sangka abah dah pergi. jauh pulak tu. mcm mimpi je. mcm baru semalam dia usap rambut dan belakang aku, mcm yg dia selalu lakukan. mungkin sebab aku selalu marah bila dia buat cmtu kot dulu. sekarang i miss him damn much. if masa boleh undur balik, aku harap sgt nak peluk dan cium abah. benda yg dah lama aku tak buat sejak meningkat remaja, sejak baligh mungkin. Pg td, mak ngan pakngah la yg tolong angkat barang2 aku. sedih weii. Org lain semua ayah dorg yg tlg hantar dan angkat. kalau arwah ada lg, mesti dia akan beli makanan banyak2 kat aku, pastu angkat barang2 walaupun terpaksa naik tingkat 4. setiap hujung minggu dari sekolah menengah lagi, mesti abah dan mak aku akan dtg melawat aku kat asrama. Hari Jumaat ambik baju bawak balik umah tlg basuhkan, then hari Ahad antar balik kat aku. Siap tlg ironkan lg. Demi Allah, aku takkan dapat jumpa org yg mcm abah lg dalam dunia. abah, i miss u a lot. those memories that u left for us make me more suffer. terima kasih sebab penah jadi superhero yang terhebat buat kami. pengorbananmu tiada nilainya. Hargailah ibubapa anda. kehilangan adalah kesakitan yg paling memeritkan dalam dunia nie. :'(
No comments:
Post a Comment